Hai..baru semalam rasanya kita ketemu..hari ni rindu sudah membuak2 ibarat ombak melanda pantai seperti itu juga lah apa yg Syu rasakan jika jari-jemari yg gempal ni tidak bersentuhan dgn keyboard.Itu maknanya cinta sudah bertaut,bak kata orang x kenal maka x cinta.
Jadi skrg Syu dah agak ketagih meng’update’ blog even tiada sesiapa yg sudi menjenguk ke blog ni.Syu paham..Syu sedar..siapalah diriku jika nak di bandingkan dgn senior2 yg lebih matang dlm hal2 sebegini rupa.(eh..Syu ni paling senior dah k!) Oh tidak..itu hanya untuk kursus BBA (Hons) Finance.Tp,untuk BIB(Bachelor in Blog),Syu masih fresh junior.Bilangan follower pon boleh dikira dgn batu2 sungai yg begitu comel bentuknya dikutip untuk kegunaan kanak-kanak perempuan bermain batu sambut bersama-sama kawan tatkala cikgu tidak masuk ke kelas kerana meeting.
Apa yg aku merepek ni???? Tau la lapaq kerepek kan..(keja full time skrg MAKAN je..heheh)
Sebenarnya Syu ingin mengkhabarkan satu berita sedih..(jap nak ambil tisu lap hinguih).
Mengikut fakta yg dpt dipetik dari perenggan kedua,I’m senior kt UiTM Perlis.Yey Syu dah tua..(agak sedey di situ)..
Macam budak degree UiTM lain,kita kena sewa rumah...ye idok???? Tp minggu ni kami 7 org kena pindah keluar dari sini.Sebabnya tuan rumah ada masalah dgn bank,lalu rumah ni dilelong dan sudah ada pembeli.Jadi kami hnya diberi masa x sampai sebulan untuk keluar.
Terima kasih kpd tuan rumah yg bina rumah utk kami..baik kan dia??? (of cos la baik..xnak penyewa comel cam kami ni cari rumah laen kan?hahha...mintak maap ye isteri tuan rumah..). Berita ni memang besar impaknya kpd kami.Bukan masalah kpd kami untuk kemas brg2 kami,dan bukanlah masalah kpd kami untuk tolong tuan rumah angkut2 brg2 umah ni naik lori.
Masalahnya cuma satu !!!!!!..(disini Syu sediakan surat rasmi special for tuan rumah sekeluarga).
SURAT RASMI
Michada
90xxxx-xx-xxxx
Senior abes,
UiTM Perlis.
Tuan rumah
Suami kpd isteri tuan rumah,
Arau,Perlis. 1 Oktober 2011
Tuan,
Perkara:KAMI NAK STAY RUMAH NI SAMPAI JANUARI 2012
Merujuk kepada perkara di atas,saya Michada pelajar BBA (Hons) Finance wakil kpd lg 6 housemate ingin memohon pihak tuan agar dpt menambah tempoh kontrak kami utk terus tinggal di sini sehingga hujung sem pd januari depan.
2. Ini adalah kerana kami 7 org sudah mula bahagia tinggal di sini memandangkan ada 6 jejaka tampan tinggal berhadapan rumahi ni.Jadi secara tidak langsung membuatkan hati kami sentiasa ceria, bahagia lalu otak berfungsi dgn lajunya sehingga masalah matematik yg payah dpt diselesaikan dlm hanya beberapa minit.Ini dpt dilihat drpd kajian ke atas diri saya sendiri semalam (wat cash flow je pon..).
3. Kesimpulannya,kehadiran 6 jekaka tersebut dpt menaikkan tahap kerajinan kami utk belajar dgn brsungguh2(wat tutorial dgn cepat) demi mencapai 4 flat pd sem ini memperolehi lebih banyak masa untuk meng’usya’ abg2 di depan.
4. Sehingga disini shj dpt saya luahkan (smbil mengeluarkan air mata “sob sob”),”inikah...yg dinamakan cinta...hati gembira rasa” (eh ada mesej plak..time ni la kau nk kacau aku kan?!).”Oh tidak..x boleh? Alaaaa.. ;( ..ok..kami ada idea..tolong belikan rumah ni untuk kami boleh?”
Kami berharap agr pihak tuan dpt mengembangkan idong menimbangkan idea kami kerana dgn kespecialan rumah ini,kami hanya perlu parking di depan rumah 6 jejaka tu.Please.....
Penyewa comel,
Michada
.......................
(Michada)
[Brp kali kena tulis benda yg sama? Boring!!!! ]