Lovely frens

Friday

Happy #PART1 - Result Thesis

Assalamualaikum...

Salam Jumaat :D

Annyeong...
Hello...
Olla... (eh betul ke aku eja ni?)

Lama betoi dah update blog ni.
Kira dgn jari tgn,jari kaki semua...dlm 4 bulan lebih dah.
Nampak cam x lama tp kalo kira hari byk mau 120 hari lebih.
Kalau update tiap2 ari, hebat gak la blog ni kan..120 hari 120 post (pikir jap).

Hari ni tetiba rasa nak update je blog ni.
Jari dah gatal nk tekan keyboard laju2, nak habaq taip laju la konon pui!

Kalau nak cita cover 4 bulan lebih ke blakang,alamat lagi 4 bulan lebih jugak la baru nk siap.
Tu blom campur lagi ceita dlm 4 bulan lebih yg akan Syu lalui time tulis post ni.
OK sendiri dah pening dgn ayat ni.

Last update ritu kalau x salah Syu gtau yg tu hari last Syu interns.
Lepas pada tu,buzy lagi siapkan thesis apa semua.
Kelam kabut edit word, tatatertib ( nk tulis tatabahasa yg sebetulnya,teringat uitm le tu huh),
print plak, then hantar wat hardcover, dlm 3 ari siap.
Terus submit kt arau nun.

*Xdpt lupakan kenangan hari gi submit thesis. Kelam kabut sungguh. Rasa nak gelak guling-guling.

Sebulan kemudian (eh sebulan ke? rasa cam x), result pon kuar..
Ketaq lutuit oo nak cek result.
Last GPA yg paling menakutkan, yg akan tentukan nasibku di atas stage nanti.
Selepas kira2 , patut dpt thesis at least A-.
And doa termakbul.
So happy. Happy sesangat. Rasa cam gelak sampai nangis, lompat , jerit semua ada.
Dalam seminggu tu ada la senyum gelak sorang2.
Nak marah? Marah la...aku bahagia :)
Syuhada x kesah :P

P/S: To somebodies (plural), "aku dah menang woohoo!!!"
       Nak bukti? Nah ;)



Tudia upload terus result. Amek kau.
Cam x caya je dpt thesis A. 
Rasa cam hebat. Muahahaha..
Terus rasa nak sambung PhD x semena-mena.
Padahal nak apply master xnak. Hehehe..
(konon2 hebat sgt le tu dpt A, x ingat masa buat rasa cam nk quit je )
Nasib baik LI tu lulus atau gagal je. 
Dengan ini, secara x rasminya I dah completed my BBA with honours :)

Pasni nak keje, kumpul duit banyak2.
Pas keje,baru nak further MBA.
InsyaAllah <3

Pas dpt result, Syu x apply pon keja. 
Cuti2 duduk rumah dulu.
Dah 2 bulan berlalu baru nak apply.
Last2 banyak vacancy di bank2 dah closed.
Hukhukhuk...padah :(

Family jauh dekat besar kecik muda tua suruh masuk gov.
Kata mereka,SENANG.
Apa yg senang? 
Sama je,semua kena kerja. Bukan duduk goyang kaki.
Ada yang suruh SC,BNM, aduh..hebat sangat la plak tuh.
Ada yg suruh keja dekat2 umah je. Comp kecik pun xpe,janji kerja and ada gaji.
Penin kepala nak apply mana 1.

Diploma account, disuruhnya jadi accountant.
X layak la plak. Accountant assisstant ok.
Bila apply, x dpt. Xde rezeki.

Degree finance,digalaknya apply kt comp. besar2.
Mintak je comp. apa2 pun.
Mesti gaji tinggi.
"Syuhada result ok,mesti dapat punyalah", kata mereka.
Apply jugak,xdpt jugak.
Xde rezeki.

Tiap hari duduk depan lappy,bukak google,cari kerja.
Setiap hari click 'apply'.
Bukak emel,tgk jobstreet.
Apply lagi.
Result sama.

Rasanya dah tau sebab apa.
Niat di hati x ikhlas pon nak kerja citu.
Hati ada kt tempat lain.

Tetiba, dapat FSTEP.
Okay,rasa keliru. "Aku dapat? Biaq betui?"
Dengan  rasa yg happy sebab bakal dapat elaun yg agak banyak, Syu pegi KL.
Naik train bersama abah.
Bila baca kt blog orang cita pasal interview kt citu, rasa takut pon ada.
Tp kaki dah jejak KL,teruskan je.

Hari interview, semua berjalan dgn lancar. 
Dari jawab test BI, wat short essay ke interview, sekejap betul masa berlalu.
Interviewer kata ari khamis dah boleh dpt result.
Balik rumah rasa senang hati,campur takut.
Lega semua.

Tengah lepak2 bukak emel,dpt lagi 1 interview.
Management Trainee kt AEON.
Wow! Yg ni I suka. Suka tang 'AEON' tu. Hahahaha..
Tarikh esoknya.
Esok terus pergi interview.
X perlu nak rasa takut,gementar or yg seangkatan dengannya.
Confident gitu :P
Nak cita, pjg sgt.
Nanti sambung part 2 la ye. Biar exclusive cket ;D

No comments: